fbpx
Keadaan mayat Azhar yang maut akibat diserang babi hutan dilanggarnya di Kampung Bukit Berangan, Kuala Terengganu hari ini. - IHSAN PDRM

[VIDEO] Jurutera maut diserang babi selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang jurutera maut selepas diserang seekor babi yang dilanggar motosikal ditungganginya di hadapan Masjid Bukit Berangan, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.30 pagi tersebut, mangsa, Azhar Yusof, 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, lelaki tersebut dikatakan baru keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Berangan, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego Gear yang ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak lalu merempuh seekor babi hutan yang tiba-tiba menyeberangi jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Azli berkata, babi hutan yang dipercayai cedera parah tersebut mengamuk dan menyerang Azhar sebelum memasuki kawasan semak berhampiran.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN