fbpx
PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis semasa protes anti kerajaan di Lima kelmarin.-- AFP

Generasi Z merusuh di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIMA – Sekurang-kurangnya 19 orang termasuk seorang anggota polis cedera semasa protes menentang kerajaan Peru pimpinan Presiden Dina Boluarte serta Kongres, kata pihak berkuasa dan peguam hak asasi manusia.

Beratus-ratus orang menuju pusat pentadbiran di tengah Lima di bawah kawalan ketat polis kelmarin.

Kumpulan belia kemudian membaling batu, bom api dan mercun ke arah polis  yang bertindak balas menembak gas pemedih mata serta peluru getah, demikian menurut koresponden AFP.

Gabungan kumpulan hak asasi manusia tempatan dikenali sebagai Penyelaras Hak Asasi Manusia Kebangsaan (CNDDHH) melaporkan, seramai 18 orang cedera dalam pertempuran itu termasuk seorang wartawan.

“Seorang anggota polis turut mengalami melecur tahap pertama akibat terkena bom api ,” kata polis pada Sabtu lepas.

CNDDHH menyalahkan polis berhubung keganasan itu.

Perarakan baharu  keesokan harinya yang disertai oleh beratus-ratus pekerja pengangkutan dan belia Generasi Z bagi membantah gejala rasuah dan peras ugut pula dibanteras oleh berpuluh-puluh anggota polis yang menembak gas pemedih mata.

“Kami berarak untuk menentang rasuah dan  jenayah yang membunuh kami setiap hari,” kata jurutera berusia 28 tahun, Adriana Flores kepada AFP kelmarin.

Keresahan rakyat meningkat selepas kerajaan Boluarte pada 5 September lalu, meluluskan rang undang-undang mewajibkan golongan belia menyumbang kepada dana pencen swasta sedangkan kadar pengangguran tidak rasmi di Peru melebihi 70 peratus. 

Generasi Z merujuk kepada mereka yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI