fbpx
FERNANDES (kiri) dianggap antara punca United gagal menewaskan Brentford disebabkan gagal menyudahkan sepakan penalti. - AFP

EPL: United kembali ke kelompok bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United kembali menjadi bahan bualan para peminat bola sepak selepas tewas mengejut 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech kelmarin.

Kekalahan itu kembali meletakkan United di kelompok lapan bawahan liga apabila kini berada di tangga ke-14 menerusi tujuh mata, hasil dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan daripada enam perlawanan setakat ini.

United turun dengan keyakinan memuncak selepas menang ke atas Chelsea minggu lalu tetapi situasi itu berubah sekelip mata sebaik Brentford membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi penyerangnya, Igor Thiago.

Lebih memburukkan keadaan apabila kapten, Bruno Fernandes gagal menyudahkan sepakan penalti sekali gus menjadi antara punca kekalahan United buat kali kedua berturut-turut di Stadium Komuniti Gtech selepas tewas 3-4 musim lalu.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan mengenai kredibiliti pengurus United, Ruben Amorim, namun beliau tidak bimbang mengenai kedudukannya biarpun hanya mengutip 34 mata daripada 33 aksi liga sejak dilantik pada 11 November tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Amorim masih gagal untuk mencatat dua kemenangan berturut-turut bersama United.

“Saya tidak pernah risau tentang pekerjaan saya kerana itu bukan keputusan saya. Saya hanya akan lakukan yang terbaik selagi saya di sini,” katanya.

Thiago memastikan gol kedua pada minit ke-20 sebelum Benjamin Sesko meledak jaringan pertama buat United untuk merapatkan kedudukan 2-1 enam minit kemudian.

Kegagalan Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76 membangkitkan semangat Brentford yang kemudiannya ‘mematikan’ perlawanan dengan gol ketiga menerusi rembatan kencang Mathias Jensen di penghujung aksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN