fbpx
Heliza mendedahkan dia bersama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah memasuki kawasan berisiko zon kuning dan semakin mendekati Gaza, Palestin. 

Dah masuk zon kuning, Khamis mungkin zon merah – Heliza Helmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mendedahkan dia bersama konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah memasuki kawasan berisiko zon kuning dan semakin mendekati Gaza, Palestin. 

Heliza, 39, berkata, sekiranya tiada aral melintang dan semua berjalan seperti dirancang, mereka akan memasuki zon merah dan berpeluang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. 

“Bismillah, alhamdulillah secara rasminya kita telah pun memasuki zon kuning. Insha-Allah biiznillah, hari Khamis berkemungkinan masuk zon merah. Doakan,” tulisnya ringkas.

Kemas kini isteri terbaharu isteri kepada usahawan, Datuk Mahadi Badrul Zaman itu mendapat sokongan tidak berbahagi daripada orang ramai yang mendoakan keselamatan serta kesejahteraannya. 

“Wahai tentera Allah: air, angin, langit, permudahkan perjalanan mereka. Bantulah mereka ya Allah. Ya Allah, tutup pandangan musuh-musuh Islam daripada melihat konvoi ini. 

“Sampaikan mereka ke destinasi dengan selamat kerana ada saudara kami yang menunggu dengan harapan. Perkenankan doa kami semua Ya Allah. Hasbunallah Wani’mal Wakil Ni’mal Maula Wani’mal Nasir. Allahumma Aamiin,” luah seorang netizen.

Terdahulu menurut penganjur, Flotila bantuan antarabangsa kini kurang 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah itu esok.

Konvoi yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal, berlayar awal bulan ini bagi menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Menurut rakaman video yang dikongsi seorang aktivis Turkiye di atas kapal, sebuah kapal tentera laut Greece berundur selepas mengiringi konvoi itu di perairan antarabangsa.

Begitupun, tentera laut Itali dan Sepanyol terus memberikan perlindungan kepada aktivis di atas kapal.

Selain Heliza dan adiknya Hazwani, delegasi yang berlepas dari tanah air pada 31 Ogos lalu turut disertai penyanyi Ardell Aryana, Zizi Kirana serta pempengaruh, Farah Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN