fbpx
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyantuni Norfazila ketika melawatnya di Kampung Masjid, Lenggeng, Seremban semalam.

‘Cukuplah…jangan ada anak orang lain pula yang kena’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita berharap pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) menambah baik aspek keselamatan di sekolah supaya tidak ada lagi murid yang menjadi mangsa terjatuh ke dalam lubang kumbahan.

Norfazila Md Lajin, 43, berkata, dia dimaklumkan penutup fiber pada lubang kumbahan itu ringan dan boleh diangkat, namun mengakui belum melihatnya secara fizikal.

“Saya harap JKR dapat menggantikannya dengan penutup besi atau memasang besi jeriji sekeliling kawasan itu supaya murid tidak boleh mendekati.

“Cukuplah…anak saya sudah tiada, jangan sampai ada lagi nyawa anak-anak lain yang terkorban,” katanya ketika ditemui di Kampung Masjid, Lenggeng di sini semalam.

Menurut Norfazila, selepas ketiadaan anaknya, Allahyarham Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, dia dibebani rasa rindu yang begitu mendalam dan segala momen terakhir dengan kanak-kanak itu menjadi kenangan buat dirinya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI