PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di tiga negeri hingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Perlis serta Kedah di daerah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
Amaran turut dikeluarkan untuk Sarawak di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Miri).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mili meter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE