fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Gombak hari ini.

Caj kemasukan ke kota belum dilaksanakan, bebankan rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Pelaksanaan caj kemasukan ke kota bagi kenderaan persendirian tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana ia boleh membebankan rakyat.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, caj itu mungkin dilaksanakan pada masa depan apabila sistem pengangkutan awam negara menjadi lebih menyeluruh dan efisien, terutama di kawasan bandar besar.

“Kita tidak mencadangkan begitu kerana buat sementara ini, kita rasa mungkin membebankan.

“Tetapi sebaik sahaja lingkaran kemudahan awam itu menyeluruh dan baik di seluruh negara, mana-mana pun kota besar harus memiliki kemudahan seperti ini,”katanya selepas merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelaksanaan caj itu pernah dilaksanakan sekitar tahun 1990-an, namun gagal kerana perkhidmatan bas ketika itu tidak memuaskan serta menyebabkan kesesakan dan ketidakselesaan pengguna.

“Dulu orang beratur dalam panas, bas sesak, laluan tidak selesa. Tapi sekarang keadaan sudah berubah. Pengangkutan awam lebih selesa dan teratur,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI