fbpx
Tangkap layar sekumpulan penunggang motosikal mengejar kereta Myvi di Puchong, awal pagi semalam.

20 ‘mat motor’ kejar Myvi di Plaza Tol Batu 13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden melibatkan kira-kira 20 penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Myvi di Batu 13, berhampiran Plaza Tol Puchong, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pengadu berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan membuat aduan kira-kira pukul 4 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kami sedang mengenal pasti serta mengesan semua penunggang motosikal yang terlibat.

“Ketika ini, pihak polis masih meneliti apa sebenarnya punca kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sekumpulan penunggang motosikal namun motif sebenar belum dapat dipastikan.

Katanya, usaha mengesan semua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 13.

Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN