JOHOR BAHRU – Kira-kira 90 peratus penduduk flat kos rendah di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, bakal berdepan tindakan jika mereka masih berdegil untuk menjelaskan yuran penyelenggaraan. Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon TUTA, Chuah Lee Hui berkata, berdasarkan rekod, hanya sekitar 10 peratus penduduk daripada keseluruhan 4,800 unit yang membuat bayaran. Katanya, ada segelintir penduduk tidak membuat bayaran sejak 10 tahun lalu. “Yuran penyelenggaraan bulanan antara RM30 hingga RM50 sahaja, namun sikap penduduk yang culas telah……