fbpx
Tangkap layar video perkongsian jualan nasi lemak di China.

[VIDEO] Orang China ‘pakat’ kerumun gerai nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menu popular negara, nasi lemak sentiasa mendapat perhatian penduduk luar negara termasuk warga China.

Ia boleh ‘dibuktikan’ menerusi perkongsian video oleh @sinwantz_ di TikTok, memaparkan gerai mereka dikerumuni penduduk di negara berkenaan yang teruja ingin merasai masakan Malaysia di sebuah festival makanan di Nanjing, China.

“Seumur hidup baru nak jumpa makanan Malaysia, macam ini lah gayanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video tersebut mendapat sambutan positif dari pengguna yang turut berbangga melihat keunikan makanan Malaysia disukai warga tempatan China.

“Weh, hari tu sate, ni nasi lemak! Nanti buat nasi kerabu pula,” komen @hakutouyuki

“Orang Malaysia di perantauan pun rindu nasi lemak, ni pula orang yang mungkin pernah rasa sekali. Berhari-hari teringat agaknya,” komen @Daisy.

“Saya rasa apa-apa sahaja makanan dari Malaysia, mereka semua suka. Sebab mereka selalu datang Malaysia. Agaknya lah,” komen @roseafiqah – KOSMO! ONLINE

@sinwantz_ Replying to @Noga Store Seumur Baru Nak Jumpa Makanan Malaysia Macam Ni lah gaya nya #sinwantz #fyp #fypシ゚ #abangsataynanjing ♬ original sound – sinwantz_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN