fbpx
Gambar hiasan.

SPRM sahkan tiada unsur rasuah isu pemain warisan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak menemui sebarang asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut SPRM, pihaknya telah mendapatkan dokumen berkaitan daripada Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Pendaftaran Negara sebelum membuat semakan awal berhubung isu tersebut.

“Hasil penelitian mendapati perkara ini lebih menjurus kepada isu teknikal dan tidak berada dalam bidang kuasa SPRM pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, SPRM menegaskan tidak akan berhubung dengan FIFA sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyelesaikan perkara berkenaan bersama badan induk bola sepak dunia itu.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses perbincangan antara pihak-pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN