KUALA LUMPUR – Spectra, jenama yang sinonim dengan inovasi penyusuan, melancarkan Spectra Wearable 2 yang telah direka khusus untuk memenuhi gaya hidup ibu moden.
Produk yang dijual pada harga RM1,299 itu menawarkan gabungan keselesaan, kemudahan dan kuasa bertaraf hospital dalam rekaan yang ringkas, discreet dan bergaya.
Pengarah Urusan Spectra Malaysia, Ken Foo berkata, Spectra Wearable 2 memberikan kebebasan sebenar kepada ibu untuk mengepam secara bebas tangan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan prestasi atau keselesaan.
“Penyusuan seharusnya menjadi satu pengalaman yang membebaskan ibu, bukan
mengehadkan mereka.
“Dengan Spectra Wearable 2, ibu kini boleh mengepam susu dengan lebih yakin sama
ada mereka di rumah, di pejabat atau ketika dalam perjalanan sambil menikmati keselesaan dan prestasi yang boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran produk tersebut di sini baru-baru ini.
Selain itu, pada majlis pelancaran tersebut, ia turut menampilkan pameran produk secara langsung, aktiviti menarik dan pengalaman eksklusif untuk para ibu sekali gus
memperlihatkan bagaimana Spectra Wearable 2 membawa definisi baharu kepada
kemudahan penyusuan bagi ibu masa kini. -KOSMO! ONLINE