fbpx
Mutakhir ini ramai berkongsi di media sosial mengenai aktiviti 'solo date' dan idea-idea melakukannya antaranya berkaraoke di lokasi mesra nyanyian solo dan ke vinyl cafe untuk mendengar muzik piring hitam dengan menggunakan headphone.

‘Solo date’ jadikan bersendirian bukan menyedihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA suatu petang hujung minggu, ketika ramai pasangan memilih kafe untuk duduk berdua, Briana Leong, 33, duduk sendirian di sudut sebuah kedai kopi kecil.

Di hadapannya hanya segelas latte panas dan sebuah buku yang sudah separuh dibaca.

Bagi kebanyakan orang, keluar makan atau menonton wayang seorang diri mungkin sesuatu yang janggal atau nampak menyedihkan, tetapi bagi Briana atau lebih mesra disapa Bree itu, ia adalah bentuk penghargaan diri dan pilihannya sendiri untuk mengisi masa berkualiti bersama diri sendiri.

Solo date, kata Bree, bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi cara dia memberi ruang untuk mengenali dirinya dengan lebih baik.

Berkongsi dengan CitaRasa, Bree yang juga dikenali di media sosialnya @breeeyani dengan siri TikTok bertajuk ‘Going on a Solo Date’ berkata, keluar secara solo bukan perkara baharu buatnya memandangkan dia sudah sering

berkunjung ke muzium, kafe, festival filem dan gig muzik secara solo sejak masih bergelar mahasiswa di Taiwan.

“Saya membesar sebagai anak tunggal dan sejak kecil lagi, agak sukar bagi saya untuk berkawan. Memandangkan saya juga belajar di luar negara, maka saya sentiasa berseorangan.

“Sekembalinya ke tanah air, bapa saya meninggal dunia menyebabkan saya kemurungan dan menjadi terlalu bergantung kepada rakan-rakan dan pasangan. Kerjaya saya ketika itu juga menyebabkan saya keletihan memandangkan hujung minggu dihabiskan dengan bekerja.

“Hanya selepas lima tahun berusaha membina semula diri barulah saya kembali menemui siapa diri saya yang akhirnya membawa saya untuk meninggalkan kerjaya korporat, bekerja sendiri dan kembali mengisi hujung minggu dengan meneroka ibu kota.

“Rasanya, ini memang masa yang tepat kerana seni dan budaya di Kuala Lumpur sedang benar-benar berkembang pesat,” katanya.

Bree membaca coretan-coretan orang lain pada koleksi zine dalam bengkel zine di Perpustakaan Rumah Attap, Kuala Lumpur.

Bagi bekas wartawan itu, keluar secara solo dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lazim dibuat bersama pasangan tidak langsung terasa canggung, memandangkan dia cukup selesa habiskan masa dengan diri sendiri.

Mencuba kelas melukis mahjong, mengunjungi festival seni, menghabiskan masa di kebun dengan menulis jurnal semasa sambutan Valentines Day, membuat kerja-kerja kayu di bengkel pertukangan, melihat pameran lukisan, menyertai komuniti membaca Kuala Lumpur Reads, mendengar muzik piring hitam di sebuah kafe, semuanya sudah dicuba Bree secara solo.

Solo date merupakan satu terma yang dilihat semakin banyak dikongsikan pengguna-pengguna media sosial di seluruh dunia. Banyak orang jadikan gaya hidup tersebut sebagai suatu yang menyeronokkan dengan menampilkan pelbagai idea aktiviti atau tempat yang boleh dilakukan atau dikunjungi secara berseorangan.

BREE

Platform seperti TikTok dan Instagram memperlihatkan peningkatan kandungan bertema solo date. Di Malaysia, antaranya ada yang menyarankan aktiviti seperti melakukan karaoke di Loud Speaker, Tropicana Gardens Mall yang mempunyai ruangan yang mesra nyanyian solo, aktiviti mengunjungi sebuah vinyl cafe di Petaling Jaya yang menyediakan headphone untuk anda mendengar lagu daripada piring hitam yang anda sukai, membaca coretan-coretan orang lain pada buku-buku comel di bengkel zine dan banyak lagi.

Kebanyakan solo date dikaitkan dengan gaya hidup golongan introvert, namun ia tidak semestinya demikian.

Kongsi Bree yang merupakan anak kelahiran Petaling Jaya itu, terdapat banyak sebab yang mendorongnya untuk mendokumenkan perjalanan solo date di media sosial.

“Namun, sebab yang lebih peribadi adalah saya mahu cari individu seperti saya. Memandangkan saya juga kerap solo date sewaktu belajar di Taiwan, saya berkenalan dengan dua wanita seperti saya yang berkongsi minat sama.

“Seronok rasanya apabila melihat ada orang lain yang sama-sama faham keseronokan solo date,” katanya.

Ditanya tanggapan sesetengah individu yang melihat keluar secara solo sebagai sesuatu menyedihkan, Bree berkata, dia secara peribadinya menganggap perasaan tidak suka habiskan masa dengan diri sendiri adalah lebih teruk daripada rasa sunyi.

“Orang mungkin menganggap kita keluar seorang diri kerana tiada teman. Tetapi jika kita tahu itu tidak benar dan kita dengan sengaja memilih untuk meluangkan masa bersama diri sendiri, maka tidak penting bagaimana orang lain menilainya.

“Saya tidak mampu mengawal apa yang orang fikirkan. Apa yang boleh saya kawal hanyalah pengalaman saya dan saya pasti bahawa saya sedang menikmati masa yang indah, walaupun ada yang menyangka saya kesepian atau sedih,” katanya yang mengakui dirinya seorang yang ekstrovert cuma suka memilih untuk melakukan aktiviti bersendiri sejak dulu.

Berkongsi nasihat kepada mereka yang barangkali tiada keyakinan keluar sendirian, Bree berkata, mulakan dengan sesuatu yang mencabar diri, namun tidak terlalu jauh dari zon selesa.

“Bawa sesuatu seperti earphones, buku atau jurnal supaya anda ada sesuatu untuk dibuat sekiranya situasi itu bertukar canggung.

“Apapun, sentiasa ingat bahawa ketidakselesaan bermaksud apa yang anda buat itu sesuatu yang baharu buat anda dan bukannya sesuatu yang buruk,” katanya mengakhiri bicara.

Selain Bree, seorang lagi pencipta kandungan di TikTok yang dikenali sebagai ‘The POV Guy’ juga popular dengan kandungan solo date yang cukup diminati pengguna media sosial.

Berbeza dengan kandungan solo date Bree yang lebih bervariasi dari segi aktiviti, kandungan The POV Guy kebanyakannya lebih tertumpu kepada dirinya yang gemar makan seorang diri di kafe atau restoran sekitar ibu kota.

Dilihat menulis keterangan seperti ‘healing seorang diri’ dan ‘solo dating layan movie sambil dinner’ dalam video-videonya, kandungan The POV Guy memikat hati pengguna aplikasi TikTok yang seronok melihat keyakinan jejaka itu untuk makan di pelbagai lokasi menarik biarpun tanpa teman.

Bagi seorang lagi penggemar solo date yang hanya mahu dikenali sebagai Bella, solo date bak terapi buatnya yang merupakan seorang wanita introvert.

“Sebelum ini, saya takut-takut juga untuk keluar seorang diri kerana bimbangkan tanggapan orang lain, yang mungkin menganggap saya menyedihkan atau tiada kawan.

“Namun, selepas mencubanya, ada satu perasaan tenang yang hadir, menjadikan saya seronok.

“Makan, bercuti, ikuti kelas seni, ke konsert seorang diri? Semua sudah saya buat. Bagi saya, lebih senang begitu kerana saya tidak perlu tunggu sesiapa serta bebas lakukan perkara yang saya suka tanpa perlu mengikut kehendak orang lain,” kata eksekutif swasta itu.

Tambah Bella, apa yang penting adalah kesediaan untuk membina keyakinan untuk keluar seorang diri.

“Kita memang kena yakin bila keluar seorang diri. Bila ada keyakinan, barulah kita boleh menikmati masa sendiri tanpa rasa terbeban den

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN