fbpx
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin semasa berarak di Cape Town, Afrika Selatan kelmarin. - AFP 

Ribuan desak Afrika Selatan putus hubungan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Lebih 3,000 aktivits pro-Palestin berhimpun di Cape Town, Afrika Selatan dalam usaha mereka menggesa kerajaan untuk memutuskan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Israel selain menutup kedutaannya di negara itu, lapor akhbar Arab News. 

Pretoria mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Disember 2023 dengan tuduhan bahawa tindakan Israel di Semenanjung Gaza adalah penghapusan etik serta pembunuhan beramai-ramai. 

Demonstrasi besar-besaran itu menghimpunkan beberapa pertubuhan pro-Palestin, parti politik, kumpulan Islam dan Kristian. 

Mereka turut mengibarkan bendera Gaza dan melaungkan slogan berbunyi ‘jangan hanya berasa buruk, lakukan sesuatu’. 

Penyelaras Kempen Solidariti Palestin, Usuf Chikte berkata: “Afrika Selatan perlu memboikot, melepaskan dan menyekat Israel seperti mana yang dilakukan oleh dunia kepada kita. 

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan mengusir Duta dan Kedutaan Israel dari Afrika Selatan sekarang,” kata Chikte sambil menambah, negara haram itu harus dikecualikan daripada badan sukan antarabangsa seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Kumpulan penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan untuk menangguhkan eksport arang batu ke Tel Aviv selain menyuarakan bantahan ke atas warga mereka yang dipilih untuk menyertai tentera Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN