PETALING JAYA – Tindakan seorang pejalan kaki yang melintas melulu sehingga hampir dilanggar sebelum menepuk dan memukul kepada penunggang motosikal memakan diri apabila dikecam netizen.
Kejadian berlaku apabila motosikal terbabit terpaksa brek mengejut untuk mengelak daripada melanggar pejalan kaki itu.
Namun, berdasarkan video yang tular, pejalan kaki tersebut bertindak menepuk-nepuk topi keledar sebelum menampar muka penunggang motosikal berkenaan berkali-kali.
Video tersebut mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa tidak puas hati.
“Kenapa la orang macam ni tak kena dengan aku. Darah tinggi aku tengok,” komen @Muhd Syafik.
“Dia yang salah, dia yang baran. Betul la ramai orang gila sekarang,” kata @Mantoba Man.
“Dia yang lintas tak tengok kiri dan kanan, lintas pulak bukan di laluan sepatutnya. Lagi nak marah orang,” komen @Izzu Zudin. – KOSMO! ONLINE