BAYANGKAN, sepotong piza panas dengan kerak nipis, bahagian kelilingnya kembung tetapi lembut di dalam serta garing di luar. Keju mozzarella fior di latte meleleh, bercampur dengan sos tomato pekat yang seimbang antara rasa masam dan manis. Saat digigit, bunyi rangup kerak kayu api berpadu dengan kelembutan doh yang ringan dan berongga, seolah-olah cair di mulut. Asap halus kayu api masih berlegar di udara, membawa aroma yang sukar ditiru oleh piza yang dimasak dalam ketuhar moden. Rasanya klasik dan boleh dinikmati……