fbpx
PEI KEE (kanan) dan Mei Xing menyasarkan untuk cuba sekurang-kurangnya mara ke suku akhir dalam baki kejohanan disertai mereka.

Pei Kee-Mei Xing buru tiket Jelajah Dunia Akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU wanita negara, Go Pei Kee mempunyai misi besar musim ini apabila berhasrat untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir bersama gandingannya, Teoh Mei Xing.

Pasangan ke-19 dunia itu kini menghuni tangga ke-11 kelayakan mempunyai peluang cerah ke kejohanan penuntup musim kerana hanya lapan pasangan terbaik serta dua wakil dari setiap negara.

“Saya mahu berusaha sampai habis untuk cuba layak (Jelajah Dunia Akhir). Kalau dapat, memang bermakna selepas sekian lama tunggu lonjakan prestasi.

“Kunci saya senang sahaja, jangan fikir banyak. Saya cuba main sahaja dan syukur apabila ada kemajuan, bukan sekadar keputusan semata-mata,” kata Pei Kee selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kelmarin.

Beregu itu sudah menembusi kelompok 20 terbaik dunia hasil prestasi konsisten sepanjang musim termasuk beberapa penampilan di suku akhir Siri Jelajah Dunia BWF.

Namun, Pei Kee mengakui cabaran lebih getir menanti kerana kelompok 10 hingga 20 dunia kini dipenuhi pasangan handal dari Taiwan, Indonesia dan Eropah yang mempamerkan peningkatan.

Beliau juga menyifatkan pengalaman beraksi dalam dua acara iaitu beregu wanita dan campuran, banyak membantu meningkatkan keyakinan selain lebih tenang ketika membuat keputusan di gelanggang.

“Sasaran cuba kekal sekurang-kurangnya di suku akhir dalam baki kejohanan, kalau boleh tembus separuh akhir dan layak (Jelajah Dunia Akhir),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN