fbpx
Sebuah kereta terperosok di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.

Nahas Tol Kajang: Pemandu lori direman dua hari, majikan dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengambil lima keterangan termasuk daripada pemilik syarikat lori berkenaan.

“Keluarga mangsa yang maut iaitu ibu, nenek dan bayi telah keluar daripada Hospital Serdang

“Seorang penumpang kenderaan Proton X70 masih menerima rawatan di KPJ Kajang manakala dua kakitangan Jabatan Kerja Raya yang cedera turut dirawat di Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Naazron berkata siasatan awal mendapati lori berkenaan terakhir diselenggara pada April lalu, namun polis masih menyiasat dakwaan wujud masalah brek.

“Setakat ini pemandu mengaku melompat keluar dari lori kerana masalah brek (dakwaan beliau) tetapi lori akan dihantar untuk pemeriksaan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi kembar lelaki berusia setahun maut selepas kenderaan dinaiki bersama keluarganya dirempuh lori muatan barangan lusuh yang dipercayai mengalami masalah brek di Plaza Tol Bukit Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI