fbpx
MARQUEZ mengesahkan gelaran dunia ketujuh dalam kelas MotoGP musim ini selepas meraih tempat kedua GP Jepun sebentar tadi. - Foto ihsan MotoGP

Marc Marquez rampas gelaran juara dunia MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pelumba Ducati, Marc Marquez menepati ramalan apabila merampas gelaran juara dunia MotoGP buat kali pertama dalam tempoh lima tahun selepas menduduki tangga kedua Grand Prix (GP) Jepun di Litar Motegi, sebentar tadi

Lebih manis, Marquez menyamai rekod legenda Yamaha, Valentino Rossi dengan mengumpul tujuh kejuaraan dunia MotoGP selepas edisi 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019. 

Pada GP Jepun itu, rakan sepasukan Marquez yang juga bekas juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia muncul pemenang dengan jaguh Repsol Honda, Joan Mir melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan tersebut menyaksikan pelumba berusia 32 tahun itu unggul dengan kutipan 541 mata keseluruhan ketika saingan hanya berbaki lima perlumbaan.

Penncabar terdekat yang juga adiknya, Alex Marquez (Gresini Racing) berada di kedudukan kedua keseluruhan selepas meraih 340 mata, manakala Bagnaia kekal di tempat ketiga (274 mata).

Kemenangan Marquez boleh dianggap cukup manis selepas menempuh tempoh sukar sejak lima tahun lalu apabila terpaksa beberapa kali menjalani pembedahan susulan komplikasi patah tulang pada GP Sepanyol musim 2020. 

Pelumba kelahiran Sepanyol itu cukup sinonim ketika mewakili Repsol Honda pada tahun 2013 hingga 2023 tetapi memilih untuk mencari angin baharu dengan menyertai Gresini Racing tahun lalu sebelum dinaikkan pangkat bersama pasukan utama Ducati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN