fbpx
EZZANY Jasni menafikan dirinya ada membuat rawatan ekstrem mencantikkan wajah dengan cara suntikan botox dan pembedahan.

‘Maaf cakap saya tak buat muka, cucuk sana sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEBERAPA hari lalu, Ezzanie Jasny mencuri perhatian Diva apabila memuat naik perkongsian Threads menafikan dia melakukan rawatan untuk mengubah beberapa bahagian wajahnya.

Terkejut juga sebab selama ini tidak pula dengar nama Ezzanie dalam senarai artis yang buat rawatan tersebut.

Sehinggakan dia perlu buat penjelasan bahawa dia tidak pernah melakukan rawatan tersebut.

“Saya tidaklah cantik mana. Kalau cakap saya ‘buat’ muka, cucuk ubah sana sini, maaf cakap, tak buat.

“Cucuk rejuran (rawatan menganjalkan kulit) betullah, siap ya awak fitnah saya,” katanya.

Diva sendiri tidak tahu dari mana dakwaan tersebut muncul tetapi mungkin sebab cemburu melihat kejelitaan semula jadi dimiliki pelakon Dia Bukan Syurga itu.

Sabarlah ya Ezzanie, awak kan popular. Dunia artis memang bergelumang dengan pelbagai dakwaan tidak benar, jiwa kena kental.

DIVA: Ramai lagi artis lain buat rawatan ubah hidung, kening dan bibir. Ada yang cantik tetapi ada juga makin menakutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN