fbpx
Puluhan ribu peserta membanjiri perhimpunan politik anjuran Vijay di Tamil Nadu semalam. - Shutterstock Editorial

Kempen politik aktor terkenal bertukar rempuhan, lebih 30 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 39 orang maut, manakala lebih 50 lagi cedera akibat rempuhan dalam satu perhimpunan politik di selatan India, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di negeri Tamil Nadu semalam. 

Perhimpunan politik tersebut dianjurkan oleh pelakon terkenal yang kini merupakan calon parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), Joseph Vijay Chandrasekhar atau lebih dikenali sebagai Vijay.

Menurut Menteri Kesihatan Tamil Nadu, Ma Subramanian, mangsa yang terkorban termasuk 13 lelaki, 17 wanita dan sembilan kanak-kanak. 

“Lebih 50 orang lagi sedang menerima rawatan intensif,” katanya. 

Sekurang-kurangnya 44 doktor dan pakar forensik dari pelbagai hospital dikerahkan untuk membantu dalam operasi pemulihan susulan rempuhan itu.

Vijay terpaksa menghentikan ucapannya selepas beberapa peserta termasuk pekerja dan kanak-kanak pengsan akibat kesesakan yang teruk. 

Pengunjung yang hadir dianggarkan seramai 10,000 orang, namun pegawai melaporkan kehadiran sebenar mencecah 50,000 orang. 

Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin menyifatkan insiden rempuhan itu sebagai membimbangkan selain meminta pihak berkuasa untuk memberikan rawatan segera kepada mangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI