fbpx
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berucap di Perhimpunan Agung PBB sesi ke-80 di Bandar Raya New, 24 September lalu. - AFP

Iran selar sekatan PBB ke atas program nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran mengutuk sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas program nuklearnya dan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak wajar’ selepas kegagalan rundingan bersama kuasa Barat dan serangan Israel serta Amerika Syarikat (AS) di tapak nuklearnya.

Langkah itu yang menghalang urus niaga dikaitkan dengan aktiviti nuklear dan peluru berpandu balistik Republik Islam tersebut, berkuat kuasa semalaman selepas kuasa Barat mencetuskan mekanisme dipanggil ‘snapback’ di bawah perjanjian nuklear 2015.

“Pengaktifan semula resolusi yang dibatalkan adalah tidak berasas dari segi undang-undang dan tidak wajar. Semua negara mesti mengelak daripada mengiktiraf keadaan haram ini,” kata Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan.

“Republik Islam Iran dengan tegas akan mempertahankan hak dan kepentingan negaranya, dan sebarang tindakan yang bertujuan menjejaskan hak serta kepentingan rakyat kami akan menghadapi tindak balas yang tegas dan wajar,” tambahnya.

Pengembalian sekatan itu menamatkan diplomasi tegang berbulan-bulan yang bertujuan memulihkan rundingan nuklear yang tergendala sejak Jun lalu, apabila tentera Israel dan AS mengebom kemudahan nuklear Iran.

Walaupun penguatkuasaan dilakukan semula, pemimpin Barat menekankan bahawa saluran untuk dialog tetap terbuka.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menggesa Iran untuk menerima rundingan langsung yang diadakan dengan niat baik.

Beliau juga menyeru negara anggota PBB untuk segera melaksanakan sekatan bagi menekan pemimpin Iran melakukan apa yang betul buat negara mereka, dan yang terbaik untuk keselamatan dunia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN