fbpx
MACHUCA yang beraksi sebagai sayap kiri telah membuat penampilan pertama ketika bertemu Vietnam, Jun lepas.

Hukuman FIFA: Machuca ‘direhatkan’ kelab gergasi Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelab Argentina, Velez Sarsfield mengambil keputusan untuk merehatkan pemain sayap Harimau Malaya, Imanol Machuca susulan hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 12 bulan yang dikenakan ekoran pemalsuan dokumen.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak pengurusan sudah menerima notis rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengenai keputusan FIFA sekali gus menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu terlepas aksi Liga Argentina bertemu Atletico Tucuman, Selasa ini.

“Kelab telah dimaklumkan oleh AFA mengenai keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA, dengan Machuca dikenakan penggantungan selama 12 bulan.

“Susulan sekatan ini, Machuca tidak akan diserapkan dalam senarai pasukan sehingga notis pembatalan diterima.

“Kami ingin menekankan bahawa pihak pengurusan bukan sebahagian daripada proses disiplin FIFA dan kita tidak dibenarkan campur tangan,” kata kenyataan rasmi.

Selain Machucha, FIFA telah menghukum enam lagi pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel selepas terpalit isu pemalsuan dokumen.

Kesemua pemain terbabit dihukum gantung 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak dan denda denda CHF2,000 (sekitar RM10,000).

Machuca yang merupakan pemain kelahiran Argentina dianggap sebagai salah seorang tonggak utama Velez dan membantu pasukan menjuarai Piala Super Argentina, awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI