fbpx
HAKIM DANISH

Hakim Danish tak perlu fikir isu dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUS ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin sedang ‘berhempas pulas’ mencari dana tambahan bagi merealisasikan impian Hakim Danish Ramli beraksi di pentas MotoGP kelas Moto3 menerusi tiket wildcard.

Justeru, Zulfahmi melarang keras pelumba muda negara itu daripada memikirkan soal kewangan dan hanya fokus kepada persiapan di litar menjelang Grand Prix (GP) Malaysia pada 24 hingga 26 Oktober ini.

Menurutnya, biarpun Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah memberi komitmen selaku penaja, ia masih belum mencukupi untuk menampung keseluruhan kos yang diperlukan terutama untuk menyiapkan jentera bertaraf kelas A.

“Sudah semestinya ada beberapa bahagian (kos) yang kurang dan ini bergantung kepada usaha kita untuk mencari dana-dana tambahan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Zulfahmi menegaskan, isu penajaan adalah perkara biasa dalam sukan permotoran dan tidak mahu ia sama sekali mengganggu tumpuan Hakim Danish yang bakal menggalas cabaran di litar sendiri.

“Saya nak dia fikir tentang perlumbaan, bukan penajaan. Ia tanggungjawab saya dan saya yakin dengan keputusan yang ditunjukkan pelumba kita serta sokongan semua pihak, kita akan dapat tajaan penaja lain, korporat, mahupun SIC sendiri,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Zulfahmi menyifatkan slot wildcard sebagai pentas sebenar bagi mengukur kemampuan Hakim Danish sebelum diserapkan sebagai pelumba sepenuh masa musim depan.

“Ini adalah penampilan pertamanya di Kejuaraan Dunia dan kelebihannya adalag kita berlumba di trek sendiri. Ia satu langkah penting di mana kita nak tahu tahap Danish untuk pergi ke tahun depan supaya dia jauh lebih bersedia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zulfahmi turut mengesahkan program wildcard untuk Hakim Danish tahun ini tiada kaitan dengan program yang dianjurkan oleh MIE Racing pada tahun-tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN