fbpx
DIUSIK menujukan 'flying kiss' buat Hael semasa persembahan, Dayang Nurfaizah menjelas simbolik cinta itu sebenarnya ditujukan buat semua peminat.

‘Flying kiss untuk peminat, bukan Hael Husaini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dayang Nurfaizah menafikan tindakan melakukan ‘flying kiss’ sewaktu persembahan Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur malam tadi ditujukan buat komposer penyanyi, Hael Husaini yang selama ini digosipkan dengannya, sebaliknya untuk peminat.

Aksi Dayang melemparkan ‘flying kiss’ tersebut sempat dirakam dan ketika itu posisinya menghadap Hael Husaini yang berdiri di sudut pentas. Hael kemudian dilihat membuat aksi menerima ‘flying kiss’ tersebut dan ‘menyimpannya’ di dalam hati.

Video aksi romantis tersebut mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata teruja melihat momen ‘bersemut’ tersebut.

“Sebenarnya ‘flying kiss’ itu untuk semua peminat sebagai tanda terima kasih untuk mereka,” kata Dayang menjelaskan situasi sebenar.

Bercerita lanjut tentang showcase Janji With Dayang yang merupakan ‘showcase’ kedua selepas Pulau Pinang, Dayang akui terpaksa membuat persembahan dalam keadaan menahan sakit.

Menurut Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, dia sebolehnya mahu merahsiakan perkara tersebut tetapi tak sangka ada pihak media yang tahu keadaan kesihatannya.

“Macam mana tahu ni? Siapa yang beritahu. Ya memang saya tidak sihat. Mungkin kerana sekarang musim orang demam. Telinga saya rasa berdengung. Tekak pun rasa berkeladak,” kongsinya.

Tambah pelantun lagu Lemah itu lagi, dia tidak akan membiarkan situasi tersebut melemahkan semangatnya untuk tetap memberikan persembahan terbaik.

“Saya tidak mahu menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak membuat persembahan dengan baik. Peminat sanggup datang berpanas, mendaki bukit untuk menonton persembahan saya.

“Macam biasa saya memang takkan kongsi tentang masalah kesihatan saya. Kerana pada saya itu adalah alasan. Tugas anda adalah untuk menghiburkan jadi anda perlu hiburan. Perkara-perkara lain letak di belakang.

“Yang penting peminat yang datang terhibur dengan persembahan saya. Itu sahaja yang saya nak tahu,” jelasnya.

Pada ‘showcase’ yang berlangsung selama hampir dua jam itu, Dayang menyampaikan kebanyakan lagu daripada album terbarunya iaitu Janji.

Antara lagu yang didendangkan adalah Lemah, Mungkin Ke, Tulus, Akhirnya Bahagia dan lagu-lagu hitsnya daripada album terdahulu, Mana Mungkin, Hakikat Cinta dan Dayang Sayang Kamu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI