fbpx
BARISAN pemain England meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Ragbi Wanita 2025 selepas menewaskan Kanada di London awal pagi tadi. - AFP

England tamat penantian juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – England melakar sejarah apabila menjulang trofi Piala Dunia Ragbi Wanita 2025 buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas menewaskan Kanada 33-11 di pentas final di Stadium Twickenham awal pagi tadi.

Ketua jurulatih skuad Red Roses, John Mitchell mengakui kejayaan di laman sendiri itu membuktikan bahawa pasukannya sedia untuk mendominasi arena ragbi antarabangsa untuk beberapa tahun akan datang.

Menurut Mitchell, pelaburan jangka panjang yang dibuat oleh pihak pengurusan sejak tiga tahun lepas cukup berbaloi apabila memenangi trofi paling berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2014.

“Pujian wajar diberikan kepada semua 32 pemain kita yang berjaya mengabdikan diri sebagai salah seorang legenda pasukan. Mereka sudah bersama sejak tiga tahun lalu dan semua pemain ada kualiti tersendiri.

“Secara peribadi, saya yakin kumpulan ini mampu untuk mendominasi saingan ragbi wanita untuk tempoh yang lama tetapi dalam masa yang sama, kita perlu terus meningkatkan prestasi dan tidak boleh selesa di takuk lama,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah England, Meg Jones menganggap sukan wanita di negara itu wajar diberi penghormatan selepas skuad bola sepak wanita mereka turut menjuarai Kejuaraan Euro 2025 dengan menewaskan Sepanyol pada Julai lepas.

“Ini adalah tahun terbaik buat arena sukan wanita di England. Semua atlet berada di puncak prestasi hingga berjaya harumkan nama negara,” kata Jones. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN