PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting sebagai salah satu tempat bergantung golongan memerlukan yang diuji dengan tekanan dan kesempitan hidup. Bantuan yang dihulurkan bukan sekadar dapat mengisi perut yang lapar, malah mampu membangkitkan semangat mereka yang terkesan untuk bangkit meneruskan kehidupan. Antara NGO yang aktif ialah Pertubuhan Bank Makanan Malaysia atau dikenali sebagai Food Bank Malaysia yang mula membantu rakyat sejak pandemik Covid-19 pada 2020. Walaupun berdepan cabaran kewangan dan persepsi masyarakat, perjuangan mereka tetap diteruskan sehingga kini. Bagi……