fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk landa enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di enam negeri hingga pukul 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah daerah terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.

“Amaran turut dikeluarkan untuk Terengganu di daerah Dungun dan Kemaman manakala di Pahang daerah terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Selain itu, kawasan terlibat termasuk Johor di Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI