fbpx
Sayani (empat dari kiri) bergambar bersama Bomba Komuniti pada Kempen Kesedaran Kebakaran bersama Komuniti Pekak di Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

Bomba Perak sedia latih anggota kuasai kemahiran bahasa isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedia melatih pegawai dan anggotanya dalam kemahiran bahasa isyarat bagi memastikan mesej keselamatan kebakaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, terdapat keperluan bagi warga bomba meningkatkan kemahiran tersebut agar golongan istimewa memperoleh maklumat tepat ketika berdepan situasi kecemasan khususnya kebakaran.

Katanya, setakat ini, hanya seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan memiliki kemahiran dalam menggunakan bahasa isyarat.

“Saya melihat kepentingan untuk melatih pegawai dan anggota bomba mengenai bahasa isyarat. Kalau boleh, kita panggil guru untuk mengajar atau adakan kursus.

“Dengan cara ini, kita dapat menyampaikan lebih banyak maklumat mengenai keselamatan kebakaran kepada komuniti tersebut. Kita perlu memahami keadaan mereka barulah kita dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan,” katanya ketika ditemui pada Kempen Kesedaran Kebakaran Bersama Komuniti Pekak di BBP Teluk Intan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN