fbpx
ATIKAH menyalahkan diri sendiri kerana salah pasang buai sehingga menyebabkan alat tu tidak berfungsi dengan baik.

Anak jatuh buai, Atikah Suhaimi rasa gagal jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui trauma selepas anak perempuannya, Lyla Mulan jatuh dari buaian elektrik semalam.

Lebih meninggalkan pengalaman buruk, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Nur Atikah Suhaime, 34, berkata kejadian tersebut berpunca didakwa daripada salahnya sendiri kerana memasang buaian tersebut tidak mengikut cara yang tepat.

“Tolong jangan beli buaian elektronik sebab Mulan jatuh.

“Sebenarnya ini kesilapan sendiri. Selepas suami lihat, saya pasang buaian itu dengan cara yang salah dan sudah gunakannya hampir tiga bulan.

“Ini adalah salah saya dan sekali lagi gagal menjadi ibu yang baik,” katanya dalam InstaStory.

Tambahnya, perkara tersebut membuatkannya trauma namun bersyukur Mulan tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia okey. Mummy minta maaf. Tidak kira betapa banyak kerenah anak kalian, tak mengapa dan pegang sahaja mereka.

“Berhenti lakukan sebarang perkara, jaga anak kalian kerana mereka hanya membesar sekali sahaja.

“Saya sangat trauma dengan kejadian semalam tetapi melihat Mulan akhirnya makan bubur, sudah cukup memggembirakan saya,” katanya lagi.

Jelas Atikah, kejadian tersebut turut membuatkannya terfikir bagaimana golongan ibu lain menjaga anak mereka seorang diri tanpa khidmat pembantu.

“Walaupun ada pembantu, saya hanya tinggalkan Mulan sekejap sahaja untuk tunaikan solat asar tetapi terjadi perkara sebegitu.

“Saya terfikir bagaimana ibu-ibu lain yang tiada pembantu.

“Bagaimana mereka jalani rutin kehidupan dengan bekerja tetapi dalam masa sama menjaga anak. Semoga ibu-ibu lain dilindungi Allah SWT,” kongsinya.

Terdahulu, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Lyla Mulan pada 8 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI