fbpx
Gambar hiasan

5 juta penerima STR nikmati RON95 pada harga RM1.99 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bermula hari ini seramai lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menikmati Budi95 pada harga RM1.99 seliter.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, MoF turut mengingatkan orang ramai supaya membawa kad pengenalan (MyKad) bagi menikmati subsidi RON95 itu.

“Untuk pembayaran melalui aplikasi, boleh guna TNG eWallet, Setel atau CaltexGO,*tulis MOF.

Terdahulu, MoF berkata, pelaksanaan Budi95 untuk anggota ATM dan PDRM semalam yang berjalan lancar.

“Kerajaan Madani kini memperluas manfaat ini kepada rakyat terbanyak,”katanya.

Untuk maklumkan, program subsidi bersasar ini membolehkan rakyat yang layak menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September ini tanpa mengira latar belakang.

Bagi bukan warganegara pula, harga RON95 adalah pada anggaran RM2.60 bermula tarikh yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN