fbpx
GAMBAR HIASAN.

Wang pencen RM267,250 kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Hasrat seorang penarik kereta warga tempatan untuk menggandakan wang simpanan bagi bersara dengan selesa musnah selepas wang simpanannya RM267,250 kena kebas setelah terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto palsu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa iaitu seorang warga emas berusia 64 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis lalu.

Menurut beliau, mangsa mula diperkenalkan dengan peluang pelaburan tersebut menerusi satu iklan di laman sosial Facebook bulan lalu, sebelum bertindak menghubungi nombor tertera.

“Selepas dua minggu, mangsa mula tertarik membuat pelaburan kerana terpengaruh dengan dakwaan keuntungan yang bakal diperolehi.

“Sehubungan itu, mangsa membuat 49 transaksi kewangan berjumlah RM267,250 ke dalam tujuh akaun bank antara 18 Ogos hingga 19 September lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, mangsa hanya sedar telah ditipu apabila hasratnya mengeluarkan wang didakwa sebagai keuntungan gagal, sebaliknya mangsa diminta membuat pembayaran tambahan sebanyak RM88,184 bagi melengkapkan syarat-syarat kelayakan.

“Mangsa berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu, sebelum bertindak membuat laporan polis,” ujarnya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI