fbpx
ERYSHA juga tetap selesa jika digandingkan dengan Qasrina untuk mana-mana penerbitan mahupun mewakili sesuatu jenama.- foto FAISOL MUSTAFA

‘Tiada masalah, saya boleh bekerjasama dengan Qasrina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Masih berkawan, pelakon Erysha Emyra menafikan dakwaan berselisih faham dengan rakan seperjuangan, Qasrina Karim seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

Erysha atau nama lengkapnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, baginya perkara peribadi tidak perlu didedahkan kepada umum, apatah lagi persahabatan mereka baik-baik sahaja.

“Saya tak nak komen banyak tentang perkara itu kerana agak peribadi untuk dikongsikan secara terbuka.

“Hubungan kami okey, tiada bermasam muka. Sebelum ini pun kami pernah berjumpa di beberapa acara selain masih berhubung.

“Jadi tiada apa yang nak dijelaskan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa drama Rumah Tanpa Luka baru-baru ini.

Pada masa sama, anak kepada aktres Noniswara itu memaklumkan andai ada pun isu antara mereka perkara tersebut dilalui dengan hati terbuka.

Malah katanya, dia tetap selesa jika digandingkan dengan Qasrina untuk mana-mana penerbitan mahupun mewakili sesuatu jenama.

“Saya tiada hal, boleh saja bekerjasama dengan dia. Macam saya cakap, kami tiada apa-apa masalah pun. Saya rasa dia pun okey sahaja kerja dengan saya.

“Bagi saya ramai yang pernah melalui situasi seperti itu tetapi yang bezanya kami ini diberi lebih perhatian kerana dikenali ramai.

“Masing-masing ada cara tersendiri mengendalikan masalah tetapi ia bergantung juga kepada kepada situasi,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hubungan akrab Erysha dan Qasrina yang didakwa retak apabila mereka secara tiba-tiba didapati saling tidak mengikuti di Instagram.

Dari situ tercetus pelbagai spekulasi berkaitan persahabatan kedua-duanya yang dikatakan mula renggang tanpa diketahui punca sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN