fbpx
Sekumpulan peneroka bersama ahli keluarga menyuarakan kekecewaan terhadap pemaju kerana unit rumah kedai dijanjikan di Senai, Kulai masih belum diterima sehingga kini.

Tanah sawit dah jual, rumah kedai tidak nampak bayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Sekumpulan peneroka kecewa kerana 54 unit rumah kedai yang dijanjikan kepada mereka selepas bersetuju menjual tanah ladang sawit di Kampung Pemuda Jaya, Senai, di sini 30 tahun lalu masih belum diperoleh.

Salah seorang peneroka terlibat, Ismail Ibrahim, 74, berkata, urusan penjualan hartanah ladang kelapa sawit seluas 158 hektar itu dibuat bertujuan membangunkan projek perumahan Taman Impian Jaya di Seelong, Senai, di sini pada 1995.

Katanya, berdasarkan perjanjian asal, pemaju akan menyediakan 54 unit rumah kedai dua tingkat kepada 54 peneroka rancangan tanah kawasan tersebut yang terlibat dengan urusan penjualan hartanah pada ketika itu.

“Sebanyak 54 unit rumah kedai itu bagi menggantikan hartanah yang dijual sekali gus membolehkan peneroka mempunyai kediaman dan juga aset untuk menampung kehidupan selepas ketiadaan ladang sawit.

“Kos pembinaan seunit yang berkeluasan 1.8 x 6.5 meter persegi itu adalah RM180,000, dengan keseluruhannya bernilai RM9.7 juta dan semuanya sudah dilangsaikan peneroka terlibat.

“Namun sehingga kini unit yang dijanjikan masih belum diperoleh, sedangkan hari ini hanya 23 peneroka asal masih hidup daripada keseluruhan 54 pe­neroka, kami juga semakin berusia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Katanya, difahamkan projek yang mula dilaksanakan pada Mac 1995 itu telah tergendala dengan tahap kemajuan hanya mencapai kira-kira 15 hingga 20 peratus.

Seorang lagi peneroka, Md. Rozali Abd. Naim, 76, pula memberitahu, peneroka terlibat turut berasa tertipu kononnya ada pihak daripada parti politik yang berjanji akan bantu selesaikan masalah tersebut.

“Semasa Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, iaitu pada tahun 2008, ada pihak berjanji mahu membantu kami dengan mengatakan pemaju akan menukar 54 unit rumah kedai kepada 54 unit rumah kedai.

“Kami semua bersetuju, namun selepas pilihan raya, pihak itu hilangkan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN