fbpx
Tangkap layar video Thunberg menceritakan penyertaannya pada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Sumud Flotilla: Misi ini tidak sepatutnya wujud – Greta Thunberg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya tak takut Israel. Saya takut dunia seperti hilang perasaan kemanusiaan,” itu ketegasan aktivis yang juga sukarelawan kesedaran perubahan iklim, Greta Thunberg.

Thunberg yang warga Sweden merupakan seorang daripada sukarelawan menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, Palestin.

“Apa yang kita buat di sini adalah cuba untuk menunjukkan kepada mereka bahawa masih ada kemanusiaan yang berbaki, masih ada orang-orang yang mahu bangkit berdiri apabila percubaan tidak berjaya.

“Tapi ini adalah yang terakhir, misi ini tidak sepatutnya wujud. Semakin kita menghampiri Gaza, semakin tinggi risiko buruk dan lebih banyak serangan,” katanya.

Thunberg berkata demikian menerusi satu video dimuat naik pada akaun media rasmi Global Sumud Flotilla Official.

Dia turut mengimbas kembali ancaman serangan dron pada bot peserta misi berkenaan yang berlaku baru-baru ini.

“Minggu lepas kita lihat beberapa kejadian buruk serangan terhadap misi ini dan telah memusnahkan bot.

“Dron dijatuhkan dan diletupkan, bahan kimia dan objek tidak dapat dipastikan di sekitar bot.

“Ini percubaan terdesak untuk menakutkan kita, untuk mendiamkan kita, memberi ketakutan kepada sesiapa yang berdiri bersolidariti bersama Palestin,” katanya.

Pada Jun lalu, Thunberg bersama 11 sukarelawan lain pernah ditahan Israel ketika menaiki kapal bantuan bagi misi Freedom Flotilla Coalition ke Gaza.

Kapal bantuan Madleen yang dinaiki kumpulan itu berlepas dari Itali pada 1 Jun lalu membawa bekalan makanan dan keperluan ke Gaza yang berdepan ancaman kebuluran menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN