fbpx
Tangkap layar video Ardel membuat siaran langsung dari bot misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Sumud Flotilla: ‘Dah nak sampai red zone’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dah nak sampai red zone (zon merah). Kejap lagi nak gerak lah ni,” demikian perkongsian pelakon yang juga peserta Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana.

Menerusi siaran langsung di TikTok ketika ini, Ardell berkongsi kepada pengikutnya suasana di sekitar pelayaran tersebut.

“Sekarang pukul 7.36 pagi beza lima jam dengan Malaysia. Kami tunggu escort (pengiring), kejap lagi nak gerak lah, tengah tunggu kapal escort.

“Hari ni selamat sebab ada escort tentera laut. Dia jaga kita orang, betulkan kapal sebelum sampai ke red zone. Zon kuning merisaukan sedikit,” katanya menjawab pertanyaan pengikut.

Bagaimanapun siaran langsung tersebut berdepan gangguan angin kuat sehingga mengganggu suara Ardell sepanjang menceritakan pengalamannya.

Ardell berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT selain menghargai doa-doa orang ramai kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla.

“Jangan kata ‘hanya mampu berdoa’. Doa korang power (berkuasa), jangan kata begitu. Kalian hebat. Saya kuat sebab Allah bagi kuat dan kalian bagi semangat. Ada Allah bersama.

“Apa terjadi usaha mesti diteruskan. Kalau tak bernyawa, jangan risau. Kalian jadi penyambung saudara di Gaza,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan Sepanyol bersama Itali, menghantar kapal perang bagi melindungi Global Sumud Flotila yang membawa bantuan ke Gaza selepas serangan dron berhampiran perairan Greece. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI