fbpx
SAARANI Mohamad (tengah) menyempurnakan perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 dan Jubli Emas Rukun Tetangga peringkat negeri di pekarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

SPR miliki kuasa penuh tentukan PRU-16 serentak, berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa penuh dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sama ada ia boleh diadakan serentak di semua negeri atau dilaksanakan secara berasingan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan mahupun pandangan yang dikemukakan mana-mana pihak termasuk parti politik merupakan sebahagian daripada proses semak dan timbang oleh SPR sebelum keputusan muktamad dibuat.

Malah katanya, dalam menentukan tarikh itu, SPR juga akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk isu perbelanjaan dan tempoh masa yang sesuai seperti mengelak musim banjir.

“Kita semua faham, tugas mengurus dan mengendalikan pilihan raya adalah tugas SPR tetapi kebiasaannya mereka akan mengambil kira pandangan dan pendapat daripada parti-parti politik juga.

“Sudah tentu ia akan mengambil kira banyak perkara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 dan Jubli Emas Rukun Tetangga peringkat negeri di pekarangan Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata, PRU-16 wajar diadakan serentak di semua negeri di Semenanjung bagi menjimatkan kos dan menyelaraskan tempoh penggal.

Mengulas lanjut Saarani berkata, syor yang dikemukakan oleh Anthony itu merupakan pandangan peribadi beliau sebagai pemimpin parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI