fbpx
SEKOLAH Afwa Al Aafiyah dibina pada 2021 oleh Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

‘Sekolah Afwa Al Aafiyah musnah dibom, kita pasti bangkit semula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA – Sekolah milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Afwa Al Aafiyah di Gaza musnah dibedil bom tentera zionis.
Berita sedih itu dikongsikan Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dalam Instagram.

“Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa kita pasti bangkit semula,” tulisnya.

Siti turut berkongsi keadaan Dr. Mohanad Kullab yang merupakan pensyarah dan wakil Yayasan Nurjiwa di Gaza yang telah berpindah ke selatan Gaza untuk menyelamatkan diri.
“Mereka sekeluarga telah berpindah ke selatan. Kami akan cuba bantu mereka di sana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza Selamat,” tulisnya.
Sekolah Afwa Al Aafiyah dibina pada 2021 oleh Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sejak ditubuhkan, sekolah tersebut menjadi tempat anak-anak di Gaza mendapatkan ilmu serta menjadi tempat perlindungan daripada serangan tentera zionis. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN