CANTIK, berkarisma dan petah berkata-kata, namun di sebalik pesona itu Hawa Rizwana sering menjadi mangsa kritikan netizen yang tidak pernah jemu mencari kekurangannya. Terbaharu, dia dikecam walaupun hanya menjadi pembawa dulang semasa majlis pernikahan pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin. Tidak jelas di mana silapnya sehinggakan netizen seolah-olah tidak berpuas hati dengan perkahwinan ‘FattMira’, lebih teruk dia diugut akan diboikot selain dinyah ikut dalam media sosial. Selain Hawa, rakan artis seperti Wany Hasrita, Ernie Zakri, Anzalna Nasir dan Nabila……