JAKARTA – Seorang pegawai polis di Medan, wilayah Sumatera Utara dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap memandu kenderaan milik kerajaan sambil menghisap rokok, lapor portal berita IDN Times.
Hukuman itu dikenakan selepas klip video tular di platform Instagram oleh akaun @dashcamindonesia memaparkan dia menghisap rokok sambil memandu semasa bertugas.
Ketua Perhubungan Awam Polis Medan, Inspektor Halason berkata, pegawai terbabit dikenal pasti sebagai Briged Surya.
“Salah seorang pegawai kami didapati melanggar etika bekerja. Dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf.
“Kami memberikan hukuman disiplin iaitu tekan tubi,” kata Halason.
Selain dihukum, Surya turut membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahannya. – AGENSI