JAKARTA – Seorang pencuri mengundang perhatian orang ramai apabila meminta pemilik rumah untuk menghantarnya ke balai polis selepas tersangkut pada tingkap, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di laman Facebook menunjukkan pencuri terbabit menangis seperti kerasukan selepas dia ditangkap dan dikepung oleh penduduk tempatan.
Ada antara mereka yang memegang baju pencuri tersebut agar dia tidak cuba melarikan diri.
Kerana gagal melarikan diri, dia memohon pemilik rumah untuk membawanya ke balai polis.
Rakaman itu mencatatkan lebih 559,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Biarkan dia tersangkut selama tiga malam,” kata seorang netizen.
“Mengambil hak orang lain tanpa izin tetap salah. Biar dia dihukum atas kesalahannya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI