fbpx
AB RAHAMAN (dua dari kiri) bersalaman dengan pesara polis ketika hadir merasmikan bangunan PPPNJ cawangan Tangkak di Sungai Mati, Tangkak hari ini. Foto oleh FARAHWAHIDA AHMAD/ KOSMO!

Peluang tunai haji percuma pesara polis berdaftar dengan PPPNJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Pesara polis yang berdaftar bersama Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPPNJ) berpeluang menikmati kemudahan menunaikan fardhu haji secara percuma mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat persekutuan mahupun negeri tidak pernah melupakan jasa yang dicurah para pesaranya.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan kebajikan pesara terbela dengan mewujudkan Bahagian Hal Ehwal Pesara (BHEP) di Ibu Pejabat Bukit Aman termasuk di setiap kontinjen.

“Bagaimanapun masih terdapat segelintir pesara memilih berdiam diri dan tidak menyertai persatuan setelah mereka bersara, perkara ini bukan sahaja merugikan mereka, malah boleh mengundang salah tanggap atau presepsi negatif kepada PDRM dan kerajaan.

“Antara manfaat yang layak diterima oleh pesara ialah kemudahan perubatan termasuk pembiayaan alatan sokongan kesihatan, sumbangan pengurusan jenazah, peluang dan bantuan pelajaran untuk anak-anak.

“Malah ada juga ditawarkan peluang mengerjakan fardhu haji secara percuma mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya dalam Majlis Perasmian Pejabat Pesara Polis Negeri Johor, Cawangan Tangkak di Sungai Mati, di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata, inisiatif ini merupakan satu kesempatan yang menarik kerana ini adalah program pertama anjuran pesara PDRM Johor yang mempunyai 3,267 anggota, saya hadiri sejak saya menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI