fbpx
Pasukan forensik menyiasat lokasi mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan terputus dua di Bangkok kelmarin. - KhaoSod

Mayat putus dua bawah jambatan, organ hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK –  Polis terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berusia 72 tahun yang terputus dua dan mereput di bawah sebuah jambatan di Bangkok, lapor portal berita Thaiger. 

Penemuan ngeri itu berlaku di daerah Thung Khru  kelmarin. 

Timbalan Pegawai Penyiasat Balai Polis Thung Khru, Leftenan (Polis) Wisarut Tathong dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan). Polis dan unit  forensik bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat. 

Mayat itu ditemui di bawah jambatan di Khlong Yai Seng dengan beberapa organ hilang, manakala kedua-dua bahagian badan terpisah sejauh 3 meter. 

Mangsa dikenal pasti sebagai Chusak. Dia tinggal di kawasan tersebut sejak satu hingga dua tahun lalu selepas hilang  tempat tinggal. 

Menurut adik mangsa, Chusak sebelum ini diganggu oleh dua remaja tempatan. 

“Dua remaja terbabit datang dan meminta wang. Apabila dia enggan memberikan wang, mereka membakar pakaiannya. Dia pernah memberitahu saya bahawa telefonnya dicuri oleh penagih dadah.

“Saya sering mengajaknya untuk tinggal bersama saya tetapi ditolak,” katanya. 

Mayat itu dihantar ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Siriraj untuk bedah siasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN