fbpx
BARISAN pelumba MPC menjalani latihan menjelang perlumbaan peringkat pertama LTDL 2025 bermula esok. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

LTdL: MPC tak gentar berlumba dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Malaysia Pro Cycling (MPC) sedia untuk berdepan apa jua halangan mendatang menjelang perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 mengelilingi Pulau Langkawi esok.

Pengarah Sukan MPC, Mohd. Sayuti Mohd. Zahit berkata, persediaan pelumba-pelumba pasukan itu dianggap lebih teratur berbanding tahun lalu selepas menjalani kem latihan serta beberapa aksi jelajah.

Dengan hujan dijangka turun menjelang perlumbaan esok, beliau mengakui, ia mampu menjadikan saingan lebih terbuka selain menjelaskan, pasukan itu sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

“Untuk persediaan, kita sudah buat sejak dua bulan lepas. Kita juga ada menyertai beberapa perlumbaan dan jelajah selain mengadakan kem latihan, jadi persediaan agak lengkap untuk tahun ini.

“Kalau perlumbaan Ahad ini (esok) hujan, memang itu akan menjadi lebih menarik. Orang cakap kalau cuaca hujan, akan ada isu-isu mekanikal seperti tayar pancit dan menjadikan perlumbaan lebih warna-warni,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagi edisi kali ini, MPC meletakkan sandaran kepada enam pelumba termasuk kapten, Muhammad Zawawi Azman, Akmal Hakim Zakaria, Muhammad Syawal Mazlin, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil, Ahmad Syazrin Awang Ilah dan Zulfikri Zulkifli.

Tambah Sayuti, sekiranya perlumbaan esok berlangsung dalam keadaan hujan, pasukannya perlu melakukan percaturan terbaik, termasuk dari segi pemilihan tayar bagi mengelakkan situasi kelam-kabut.

“Memang kita kena bersedia. Kalau betul hujan, kita kena tukar tayar kerana tidak mahu kelam-kabut. Tayar pancit atau tidak, kita tidak boleh jangka tetapi ia akan menjadi lebih terbuka dan menarik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN