fbpx
Pembukaan semula laluan tersebut hari ini. - Foto Media Sosial

Laluan tanah mendap di Machang dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Laluan Kuala Krai ke Kota Bharu berdekatan bandar Machang di Kelantan yang sebelum ini ditutup kepada semua pengguna akibat mendapan tanah telah dibuka semula hari ini.

Pembukaan semula laluan tersebut dibuat selepas kerja-kerja pemasangan jambatan Bailey siap sepenuhnya semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook JKR Jajahan Machang semalam, laluan tersebut dibuka semula kepada pengguna bermula pukul 12 tengah hari tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa laluan FT008, Seksyen 348.10 – 350.20 Jalan Gua Musang – Kota Bharu dibuka kedua-dua arah dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang dan daripada Gua Musang ke Kota Bharu kepada semua kenderaan,”katanya.

Menurut hantaran itu, had laju maksimum sekitar kawasan tersebut adalah 30 kilometer sejam dan had muatan maksimum 40 tan.

“Semua kenderaan dilarang berhenti di atas jambatan sementara Bailey bagi mengelakkan sebarang risiko struktur,”ujar JKR Jajahan Machang.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, laluan itu ditutup di kedua-dua arah kepada semua jenis kenderaan susulan rekahan jalan akibat mendapan yang semakin teruk.

Penutupan sepenuhnya laluan utama itu dibuat sejak 14 September lalu kerana ia berpontensi membahayakan keselamatan pengguna jalan tersebut sekiranya terus digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI