fbpx
keadaan cemas apabila dimaklumkan kejadian seorang murid lelaki berusia sembilan tahun terjatuh ke dalam lubang kumbahan.

KPM arah siasat segera murid maut jatuh lubang pembentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan untuk menjalankan siasatan segera berhubung insiden seorang murid lelaki maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, kejadian itu amat mendukacitakan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan aspek keselamatan.

“Semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan JPN diingatkan agar sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.

“KPM memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azam berkata, KPM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika menyertai kejohanan sukan olahraga di sebuah sekolah di Lenggeng, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.09 pagi.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN