fbpx
Farah Lee ketika memuat naik video di akaun Instagram.

Kapten, kru kapal Farah Lee tarik diri dari misi flotila ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan, Farah Lee memaklumkan bahawa kapten dan kru kapal layar yang dinaikinya iaitu Fair Lady telah menarik diri daripada meneruskan pelayaran ke Gaza dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Perkembangan itu dikongsikan Farah atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli, 32, menerusi Instagram malam ini, sambil berdoa agar urusan pelayaran kapal tersebut dipermudahkan.

“Kapten dan ada kru kapal membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi perjalanan (ke Gaza).

“Saya faham sebab setiap orang ada kemampuan, kebolehan dan komitmen yang tersendiri. Untuk tinggalkan kapal adalah keputusan yang sukar manakala untuk teruskan perjalanan juga amat mencabar,” katanya.

Bagaimanapun, dalam video tersebut Farah Lee tidak memaklumkan berapa ramai kru daripada kapal Fair Lady menarik diri.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat selepas kapal utama flotila dilaporkan rosak akibat sabotaj pihak Israel.

Keadaan itu berkemungkinan memaksa pihak penganjur mengatur semula penempatan 31 peserta termasuk aktivis Thiago ke kapal-kapal lain.

Selain itu, tindakan kapten dan kru Fair Lady berundur juga berkemungkinan bagi memberi laluan kepada kapal lain membawa peserta, memandangkan tidak semua bot bersaiz besar dan ada yang hanya selebar tiga meter.

Pada 24 September lalu, bot Fair Lady dikejutkan bunyi letupan sekitar pukul 3 pagi dengan makluman awal serangan yang dipercayai untuk menakutkan konvoi mengakibatkan ada di antara kapal mengalami kerosakan.

Selain Farah, misi antarabangsa yang bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza sebagai simbolik memecah sekatan Israel turut disertai artis iaitu Zizi Kirana, Ardell Aryana dan Heliza Helmi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN