fbpx
Mangsa-mangsa yang selamat dalam kejadian perahu karam di Sungai Krian petang semalam.

Enam selamat, empat hilang perahu karam di Saratok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARATOK – Enam lelaki selamat, manakala empat lagi hilang selepas perahu dinaiki mereka karam di Sungai Krian, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika kesemua mangsa yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan dalam perjalanan pulang dari bekerja.

“Sewaktu menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa, perahu mereka karam di tengah sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, enam mangsa warga Indonesia berusia 20 hingga 50 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut di tepi tongkang sebelum diselamatkan bot lain.

Empat lagi mangsa termasuk seorang warga tempatan berusia 25 tahun dilaporkan hilang dan belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan pagi tadi namun setakat ini tiada mangsa yang dijumpai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI