fbpx
BAPA Pamungkas meninggal dunia pada 23 September lalu. - foto AFIQ RAZALI

‘Ketakutan terbesar jika ayah pergi ketika saya di luar negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meskipun baru kehilangan bapa, Pamungkas Yeos Heru Supangat beberapa hari lepas, penyanyi Pamungkas tetap meneruskan Konsert Panggung Purnama yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, esok.

Mengakui dirinya masih diselubungi kesedihan, pemilik nama sebenar Rizki Rahmahadian Pamungkas, 32, kekal kuat menghadapi ujian kerana percaya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta.

“Sudah semestinya sedih. Sebagai anak kehilangan ayah dunia saya rasa seakan runtuh. Tapi saya rasa dalam keadaan seperti ini iman saya perlu kuat.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana sejak kecil saya diajar bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Saya melihat perkara ini sebagai satu perjalanan pulang, semua orang akan melaluinya dan saya juga suatu hari nanti.

“Tidak melihatnya sebagai sesuatu yang menyedihkan sebaliknya adalah satu proses yang sangat indah,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi tandatangan buku pertamanya berjudul Solitaire di The Royale Chulan, semalam.

Berkongsi detik terakhir bersama bapanya, pelantun lagu To The Bone itu mengakui bersyukur kerana sempat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhir

“Sebagai seorang anak, ketakutan terbesar saya adalah jika ayah pergi ketika saya jauh di luar negara.

“Namun Allah atur dengan begitu indah, ayah meninggal pada hari Selasa, tiga harinya jatuh Khamis sebelum saya berangkat ke sini dan tujuh harinya Isnin selepas saya pulang.

“Semua itu membuatkan saya percaya, memang sudah ditentukan begitu oleh-Nya,” ujarnya.

Pada 23 September lalu, bapa Pamungkas menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun selepas menghidap strok selama empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN