IPOH – Penduduk Pangsapuri Seri Kepayang di Jalan Ghazali Jawi, di sini bimbang dengan gurauan kasar segelintir kanak-kanak di situ yang mengangkat rakan mereka dan mengacah untuk mencampakkan dari tingkat atas kediaman tersebut. Seorang penduduk, Mohd. Isa Rammath, 53, berkata, dia pernah menegur sekumpulan kanak-kanak yang berbuat demikian kerana tindakan itu tidak mustahil akan menyebabkan seseorang parah atau maut. “Bukan sekali tetapi telah berkali-kali saya menegur kanak-kanak nakal yang merupakan anak-anak penduduk pangsapuri ini daripada bergurau dengan cara itu. “Memanglah……